[english]
 

Dari Ibn Umar r.a, sabda Nabi s.a.w,
"Solat berjemaah lebih baik dari solat bersendirian dengan kelebihan dua puluh tujuh darajat."
[al-Bukhari]

Salam Ramadan 1431H dari kami @ Masjid Darul Makmur

Assalamu'alaikum wr wb

Mukmin itu mempunyai sifat dan akhlak yang unggul. Sehingga dimana sahaja kita berada, kemana sahaja kita pergi dan apa sahaja peranan dan tugas, kita akan sentiasa membawa kebaikkan kepada orang lain. Justeru, pada Ramadan tahun ini, Masjid Darul Makmur ingin menyampaikan lima sunnah Rasulullah s.a.w yang boleh diamalkan bersama di dalam kehidupan seharian kita.

* Sifat memberi (seperti bersedekah dan memberi makan)
* Memulakan setiap perkara dengan ucapan Bismillah
* Senyum dan sebarkan salam
* Mendahulukan anggota kanan pada setiap perkara yang baik
* Memaafkan orang lain sebelum tidur

Kami, di Masjid Darul Makmur ingin mengucapkan kepada anda semua, selamat menyambut Ramadan 1431H disamping keluarga yang tersayang. Semoga Ramadan tahun ini, lebih menyinar dan memberi erti kepada semua.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai manusia, sebarkanlah salam, hubungkanlah silaturrahim, berilah makan, solatlah diwaktu malam dalam keadaan manusia sedang tidur nyenyak. Pastinya kamu akan masuk ke Syurga dengan sejahtera."

Tulus ikhlas dari kami,

Masjid Darul Makmur
Masjid Tanpa Sempadan


Salam Ramadan 1431H dari kami semua di Darul Makmur. Janganlah lupa untuk mendoakan saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia yang mungkin tidak senasib dengan kita, yang menghadapi Ramadan dalam suasana kesengsaraan, peperangan dan serba kekurangan.

Dapatkan senaskah "Kalam Ramadan" dari kami, di Pusat Khidmat Jemaah, Aras 2 Masjid Darul Makmur.

Ikuti "Ceremah Ramadan" setiap hari Sabtu di Masjid Darul Makmur mulai Sabtu, 14 Ogos. Ceremah akan bermula sejurus selepas solat Terawih.

Ikuti "Kuliah Fajar" setiap hari Ahad di Masjid Darul Makmur mulai Sabtu, 15 Ogos. Kuliah Fajar akan bermula sejurus selepas solat Subuh.

Sila hubungi Ustazah Suhanah Ahmad di talian 6852 8363 jika anda ingin menyumbang dan/atau mengikuti serta program Rahmatan Lil' Alamin bersama kami.

Ikuti perkembangan "Ramadan @ Masjid Darul Makmur" di lelaman Facebook kami @ www.facebook.com/darulmakmur.mosque

 


Tajaan untuk kerusi bilik-bilik darjah Madrasah Masjid Darul Makmur

Masjid Darul Makmur masih memerlukan dana wakaf untuk membeli kerusi baru untuk bilik-bilik darjah madrasah. Kami berharap sekiranya anda dapat memberikan sokongan terhadap usaha ini dengan membuat tajaan ikhlas.

Cara-cara untuk membuat tajaan anda:

  • Terus ke Pusat Khidmat Masyarakat kami di Aras 2
  • Akaun Transfer 581-652138-001 OCBC
  • Cek atas nama "Masjid Darul Makmur" dan tuliskan "Tajaan Maulidurrasul 1431H" dibelakang cek serta nama anda.

SUKARELAWAN

Daftar sebagai seorang sukarelawan dan sumbang tenaga anda untuk memakmurkan masjid kita. Keterangan lanjut >>

Daftar sekarang


SOALAN AGAMA

Adakah anda punyai soalan tentang agama?

Klik disini untuk bertanya.

 

 

Pelan 5 Tahun 1427H

Sila klik.


Ikuti Kami di Facebook

Darul Makmur Mosque

Create Your Badge