[english]
 

Masjid Darul Makmur dibina pada tahun 1987 di atas lereng bukit di Bandar Yishun. Bagi menampung kegiatan-kegiatan yang bertambah di masjid, perubahan/ubah-elok terpaksa dilakukan.

Antaranya ialah 7 kelas madrasah berhawa dingin direka dari sebuah auditorium di tingkat satu masjid; dewan auditorium di tingkat 3 masjid, yang boleh memuatkan 120 orang dibina; pagar dinaikkan untuk menempatkan kambing untuk Hari Raya Korban ; satu kontena dibeli untuk kegunaan sebagai bilik darjah berhawa dingin dan tempat mengambil wudhu' disediakan di luar, betul-betul di belakang tempat wudhu' lelaki di tingkat 2 masjid.

Alhamdulillah, sokongan jemaah masjid telah membuat semua peningkatan prasarana berjaya dilaksanakan. Semoga sokongan ikhlas para penduduk Islam setempat dapat membantu pihak masjid meneruskan usaha menguruskan masjid dengan licin, insya Allah.


Dewan Solat

1) Dewan solat di tingkat dua bagi kaum lelaki.
2) Dewan solat utama di tingkat tiga bagi kaum wanita.

Dewan solat lelaki dapat menampung seramai 1,500 jemaah sementara dewan solat wanita pula 400 orang. Bagi solat Jumaat, anggaran seramai 2,000 jemaah hadir untuk menunaikan solat. Bagi solat Hari Raya anggaran seramai 3,500 jemaah dijangka hadir dan dapat ditampung di dalam masjid, dan untuk menampung jemaah yang tidak dapat menunaikan solat di dewan solat, tempat meletak kenderaan yang berdekatan dengan masjid akan dijadikan tempat solat.



Oditorium Darul Ulum

Ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan.

Bilik Darjah Madrasah

Sila klik di sini untuk borang penyewaan ruang dan keterangan lanjut. Hubungi kami di talian 6752 1402 untuk segala pertanyaan. Terima kasih.